Sunday, September 25, 2005
Pusingan akhir Anugerah dipelopori oleh kaum Adam. Tahniah buat Mohd Fauzie Laily, Mohd Khairil M Yusof, Khairul Anwar serta Syed Azmir. Biarpun Suhana, Sharifa Shakila, Nur Azrin dan Irwan Md Said telah menunjukkan persembahan yang baik pada malam itu, kaum Adam yang I gelarkan sebagai Fantastic 4, telah menunjukkan taring masing-masing untuk mengukir sejarah peribadi untuk dinobatkan sebagai juara Anugerah bagi musim kali ini. Khairil miliki pakej lengkap?
Undian tertinggi SMS dimenangi oleh Khairil, tidak mengubah keputusan akhir setelah disatukan dengan markah juri professional kerana ia berpihak kepada Syed Azmir - yang memiliki markah tertinggi secara keseluruhan. Lagu-lagu yang dipersembahkan berdasarkan undian yang dijalankan sebelum pertandingan, dan dipilih oleh juri-juri professional itu sendiri. Kehadiran pelawak serba-boleh, Kumar, telah menyerikan acara pada malam itu.
Bagaimanapun, berbalik kepada para peserta yang bertanding, I amat terkejut juga dengan cara Khairul Anwar menyampaikan Menaruh Harapan, di peringkat separuh akhir. Cara penyampaian Khairul amat berbeza dari penyanyi asal iaitu: Zaiton Sameon.
Berlainan pula dengan Khairil M Yusof, yang cuba mempertaruhkan lagu Vince untuk menarik perhatian juri dan pengundi SMS. Suaranya seakan terkehel sedikit sewaktu menyampaikan lagu tersebut. Bagaimanapun, memandangkan Khairil memiliki pakej yang lengkap untuk dijadikan seorang idola, tidak hairanlah jika dia memiliki undian SMS tertinggi berbanding dengan tujuh peserta yang lain.
Persoalannya sekarang, siapakah yang layak menyandang gelaran juara bagi Anugerah musim kali ini? Agak sukar untuk membuat tafsiran setakat ini, kerana I masih sangsi dengan kehebatan "Fantastic 4" yang bakal berentap di peringkat final kelak. Sama ada mereka fantastic ataupun tidak, hanya akan dapat kita adili sewaktu pusingan akhir nanti.
Bagaimanapun, jika diukur dari segi kemantapan vokal dan "showmanship" yang dibuktikan setakat ini, Syed Azmir, Fauzie Laily dan KHAIRIL menjadi pilihanku, dan mereka bertiga bakal membuat penonton tidak senang duduk.
Setuju atau tidak, Azmir, KHAIRIL atau Fauzie bakal membawa pulang tiga tempat utama bagi juara Anugerah 2005 yang akan berlangsung Khamis ini, 29 September 2005. Kita tunggu dan lihat.
P/S: Amacam, bahasa melayu I alright tak? Ehehehe..
Ni asal lak? Fantastic Four bergambar dengan 'hantu'. Hantu apa tu? Hantu ANUGERAH ke?