<body>

 

AMYRIA

my story. my words. my life. my prerogative


Wednesday, August 03, 2005

pertama kali tulis dlm bahasa melayu

Mana perginya Muhd Daniel Zahid Shah aka Mati bakar, bekas kekasih Daniza?? Knp dia berdiam diri? Knp dia tak menyuarakan hasratnya atau apa yg terpendam di hati?

Mungkin dia dah merantau jauh sudah tak mAu ambil kisah ttg PENGTENGKARAN antara 3 gadis yg dia kenali?

Jantan apa dia tu?! Mungkin dia dah RANCANG ni semua!! Dia menelefonku pada 11 Mei 2005, 2 atau 3 minggu selepas Daniza berlepas ke Paris untuk 2 tahun - bukan untuk belajar, setakat jadi MAID lah - dan oleh kerana itu, aku tulis di blogspot. Dia tak rasa ke yg org akan kata ini semua rancangannya? Ialah baru 2 ATAU 3 MINGGU Daniza not in SG, dia dah call perempuan lain to strike a conversation? Kan mcm ada udang disebalik batu tu...Kalau selepas 2 atau 3 bulan dia call aku, aku tak melenting gini. Ini belum pun 1 bulan, dia dah cari pasal..

Aku sekadar menulis summarize version je. Dan ada beberapa pertanyaan seperti, "Siapa lelaki tu, kekasih lama u ke?" Oh TIDAK! DIA tak SETARAF untuk digelar my old flame!Pertanyaan lain seperti: "Asal lelaki tu pinjam duit Anura?" "Knp Anura dan Daniel dah tak bersahabat?" "Apa rahsianya Daniza yg sudah dibocor sehingga Daniza marah sangat dgn Anura?" Soalan2 ini semua inginku jwb..satu demi satu..

Maka dgn daya kreatifku, munculnya cerita ku, "Cinta Sensasi". Dgn bahan-bahan dari blogspot lama Anura, aku cantumkan untuk menjadi cerita yg menarik perhatian para pmembaca ku..

Sejak ku tulis cerita hebat tu...mcm-mcm dah berlaku.. Kesalahan masih lagi dilemparkan pada Anura.. Knp mesti babitkan dia? YG TULIS CERITA "CINTA SENSASI" TU ADALAH AKU..Bukan Anura.

Lagipun, aku sememangnya MALAS nak tulis cerita "Cinta Sensasi" tu. Biarkanlah dgn mereka.. Aku tak mau peduli tapi.. sejak panggilan telefon pada 11 Mei 2005, aku tulis di blogspot. Aku sebenarnya tak mau panjangkan cerita.. Jadi aku tulis secara ringkas..

Kerana ada beberapa para pembacaku keliru ttg apa yg terjadi... aku menulis cerita hebat ku itu dari A hingga Z.

Dan kerana itu juga, 3 wanita gaduh kerana seorang jantan yg bernama MUHD DANIEL ZAHID SHAH. Aku tau dia mesti bertepuk tangan sendiri dan ketawa melihat 3 wanita "bergaduh" pasal dia.. SORRY AH.. Kalau dia jantan yg ada hasil tak pe juga.. perkerjaan takde, duit pun takde...nak MEMIKAT pompuan pinjam duit kawan dan tidak mau bayar balik! Knp masih ada manusia seperti dia? Hanya pompuan gila saja yg akan tergilakan jantan seperti itu..yg tiada pekerjaan maupun pelajaran...

Seperti apa yang pernah aku diberitahu dahulu, perkara ini tidak akan berkesudahan dengan baik.. Masing-masing ingin menunjukkan kebenaran dan kehebatan. Inilah penjelasanku...agar keadaan menjadi tenang dan kita boleh berfikir dengan matang dan kepada siapa yang harus disalah nanti.

Di antara kita bertiga yang paling lama mengenali jantan itu adalah Anura. Anura kenali jantan itu lebih 7 tahun. Biar apa alasan teman-temannya menuduh itu dan ini Anura sebenarnya hanya ingin menjadi sahabat umpama dua tangan. Sahabat yang sentiasa membantu bila teman nya susah dan sama-sama ketawa bila temannya gembira. Memang persahabatan mereka mesra kerana pada masa itu jantan itu belum mengenali dua gadis teman Anura sendiri. Tapi entahlah mungkin kerana dia kesunyian maka Anura kenalkan kepada seorang sahabat baiknya, J yg dulu pernah membantunya menyelesaikan account bisnessnya.

Entah bertul entah tidak aku tak tau..... Anura begitu keberatan sekali untuk mengenalikan mereka berdua.. Anura punya sebab tertentu tetapi bukan kerana Anura cemburu atau pun jatuh cinta...........

Anura sangkakan bahawa perkara ini akan habis begitu saja, kerana dia enggan memberikan no talipon J. Tetapi sangkaannya salah. Ragamnya semakin menjadi bila dia minta dikenalkan dengan AKU. Memang ketika itu perkenalan kami tidak jujur sekadar untuk dia mengusik AKU saja. Jantan itu meminta Anura memperbaiki ayat-ayat dan setiap perkataan di dalam surat cinta (yg aku ceritakan di blogspot ku pada tarikh 18 Mei 2005) itu. Sebagai sahabat, Anura cuba membantu apa yang dia tahu.

//Tak jujurnya! Tak pandai nakl atur kata ke sampai suruh kawannya tolong. Aku tak bodoh lah. Tak pikat pun dgn surat tu. Aku rasa nak muntah ada!//

Dan bila jantan itu selalu meminta pertolongan saja dari Anura, Anura jadi bosan dan timbullah satu perjanjian. Apabila Anura sudah kenalkan kepada AKU, Anura akan menarik diri dan antara Anura dan jantan longkang itu tidak akan berhubungan lagi. Tapi mereka tetap sahabat seperti dulu. Akhirnya AKU tak kuasa melayan KARENAH jantan itu....

Sejak "kehilangan" AKU, jantan itu ingin megenali J sekali lagi bila mereka berdua berbual dan Anura ada menyebut nama J. Aku tau knp. Jantan tu tau yg J ada kereta. Jadi dia mau "megenalinya". Sorry J tak sebodoh itu. Anura juga tau apa motif jantan tu sebenar. Hanya kerana J ada kereta dia mau megenalinya bukan lebih dari itu.

//Daniel yg minta Dikenalkan kepada J sekali lagi TAPI Anura enggan kenalkan.. Dia juga minta dikenalkan kepada aku dan Daniza bukan Anura sengaja nak kenalkan. Anura tau Daniel orgnya mcm mana. Mana mungkin Anura nak kawan2nya mengenali jantan seperti itu!//

Sejak itu, jantan tu minta dikenalkan kepada Daniza. Mulanya memang Anura tak setuju kerana perbezaaan umur. Tetapi KERANA DIDESAK, Anura pun mengenalkan kepadanya. Seperti AKU juga, Anura beritahu jantan tu untuk menarik diri dari persahabatan ini kerana Anura dapat rasakan sesuatu akan terjadi...tapi jantan tu cakap, "kau jangan takut aku tidak akan pernah jatuh cinta dengan anak abu itu."

Sejak itu mereka chat dan jantan tu jarang lagi menelipon kawannya lagi. Walaupun dia tak cakap apa terjadi tapi Anura dapat menduga. Sejak mengenali jantan tu, Daniza kerap online.

Pernah satu hari mereka bertiga berada di online tetapi mereka berdua tidak menyapa Anura. Keesokkan Daniza memberitahu Anura, jantan itu tidak mahu mereka chat bertiga. "Buat bodoh saja dgn dia," kata jantan tu!

Sampai hati kan?! Kata kawan dunia akhirat! Asal dah ada gadis lain untuk jadi teman chat, kawan lama dibuat bodohkan?! Dan bermula dari situ semua berubah. Daniza lebih percaya kata jantan tu dari nasihat kawan sendiri.

Bila Anura tahu mereka bercinta, Anura bertanya sama ada benar atau tidak? Mulanya Daniza keberatan untuk memberitahu tentang hubungan dia dengan jantan itu kerana menurutnya belum tiba masanya untuk memberitahu Anura. Tapi bagi aku sebagai sahabat yang dianggap dunia akhirat rasanya tidak salah kalau Anura mengetahui hal yang sebenar dan mudah untuk Anura mengundurkan dirinya.. Walau pun menurut Daniza, dia tak kisah kalau jantan tu masih lagi menghubungi Anura....kerana Anura kenal lebih lama ...tapi siapa boleh menduga kecemburuan perempuan; di depan lain di belakang lain. Sejak tu, persahabatan menjadi semakin renggang antara Anura dan jantan tu...Dia akan mencari aku atau Anura sekiranya dia teringin untuk berbicara dan sesudah dia melayan Daniza.

To make it short, semakin lama Anura rasa disakiti dan diperbodohkan oleh sikap kedua temannya. Jantan tu akan menelipon Anura dan sengaja hendak berbual panjang bila Daniza berada di sisinya. Untuk apa jantan tu berbuat begitu? Untuk sakitkan hati siapa? Atau untuk menarik perhatian Daniza kembali? (Masa tu mereka telah putus buat kedua kalinya)

Anura sakit hati dengan kelakuan jantan tu dan terus memberi kata dua. Dengan rela, Anura menolak jantan tu untuk menjadi sahabat dunia akhirat kerana dia tak nampak jantan tu bersikap adil. Dalam diam dia banyak mencari KESALAHAN Anura. Aku masih ingat lagi di blogspot lama Anura: Daniza tahu kepulangan jantan tu dan orang pertama yang dihubunginya adalah Anura. Sebagai kekasih Daniza begitu hampa...tapi sebagai kawan, Anura tidak pernah fikirkan dirinya sendiri. Anura sanggup dihina oleh kedua manusia ini demi tidak mengaku kesalahan diri masing-masing. Jantan tu pun pernah MENGHINA Anura..MEMARAHINYA mcm anjing, apa lagi memaki Anura lantaran tak mahu Daniza tahu tembelangnya yang menipu.

Di sini aku tidak mahu minta simpati dari sesiapa untuk Anura... aku cuma mahu para pembacaku semua berfikir...di dalam hal ini kenapa Daniza tidak pernah menyalahkan jantan itu sedangkan jantan tu pernah menuduh dia bukan perempuan yg baik? Kenapa masih sudi berkawan sedangkan dia di perbodohkan? Walaupun sekarang dia masih bersahabat dan bukan sepasang kekasih.

Jantan itu pernah berkata pada Anura, "Apalah ertinya sebuah percintaan kalau tidak di akhiri dengan perkahwinan". Padanya, setiap perhubungan selalunya ingin di akhiri dengan sebuah perkahwinan, dan lambang sebuah percintaan yang mana jelas membuktikan kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan.

Jantan yang begitu tidak boleh dibuat suami. Takut nanti kalau dah kahwin, isteri pula di suruh melacurkan diri kerana diri sendiri malas nak kerja. Sanggup berlutut dan mengharap bila perlukan duit. Aku masih ingat lagi dia seperti peminta sedekah meminta Anura meminjamkannya duit. Muka tak tau malu! Meminjam duit dgn seorang perempuan! Takkan dia tak ada kawan-kawan yg lain? Kawan lelaki? Pinjam saja lah dgn mereka? Aku rasa dia takut dihina oleh kawan-kawan lelaki nya tu kalau dia pinjam duit mereka. Ataupun dia memang tak ada kawan lain?

Anyway, hanya perempuan yg bodoh saja yg ingin membuatnya sebagai suami. Perempuan mana yg hendak pada lelaki yg pinjam duit dari titih peluh perempuan?!

Aku tahu, masalah ini adalah antara Anura, Daniza, dan jantan tu. Cuma aku hanya mau menyedarkan Daniza. Ialah, kenapa Daniza cuma mendengar kata dari jantan tu saja tanpa mendengar dari pihak Anura? Adilkah itu? Aku rasa, jantan tu bersorak suka kerana perempuan-perempuan bodoh ni masih pertikaikan jantan yang masih terkenang zaman kegemilangannya yang telah lama berlalu yang sampai kini menanti rezeki datang dari langit dan jatuh ketangannya, kelihatan baik dan senang berbicara tetapi tinggi EGONYA untuk mendapatkan hanya sekeping hati.

Aku sudah rasakan yg semua ini adalah lakonan jantan itu semata, menunjukka rasa kasih, cinta dan sayang pada Daniza, yang nyata jantan tu sendiri tidak pasti antara cinta dan suka. Dia keliru dan memutar belit kata. Kalau lah persoalan ini di kemukan kepada Daniza ...pastinya jantan itu mesti kena ombak dengan Daniza. Mana mungkin cinta jadi pura-pura setelah merayu setengah gila?

MUHAMMAD DANIEL ZAHID....kau puas dapat memecah belahkan antara Anura dan Daniza. Kau tidak akan dapat memiliki Daniza tapi kau tetap tidak berputus asa....kini dengan cerita yg pernah kau janji bersama Anura tidak akan dibocorkan.. kau pecahkan kepadanya....dan Anura dipersalahkan lagi. Kenapa kau EGO? Kau tidak mau mengaku kesalahan kau?

Sepatutnya perkara ini boleh selesai lama dulu. Tapi semua sudah terlambat kerana kepercayaan itu tiada lagi. Anura yg salah atau jantan tu mengambil kesempatan atas semua ini??

Fikirkanlah Daniza, Anura bukan seperti yang kau sangkakan. Dan jantan begitu yang kau percaya dan banggakan sehingga kau menulis poem yang cukup bermakna?? Knp tak tujukan pada orang lain yang pernah kau cintai terlebih dulu sebelum Daniel Zahid?

To be continued ...

Amyria pours her heart out @ 11:57 pm   |


The Lady

Amy Maria, 27 year old femme, who loves singing as her passion. Relatively a quiet person, especially towards people she doesn't know very well. However, people who she call her friends, know her as a very cheerful, friendly and a little talkative kinda person. Basically, she thinks everybody can reach nearly every goal, just need a great portion of staying power, motivation, and enthusiasm. She also believes that she's patient and relatively calm - in the past, even so, sometimes she still can be very quick-tempered. On the contrary, most of the time she loves to accept challenges. She has purity and sweetness of a girl. And no matter how old she get, she can stay youthful. She also possesses a motherly character. She is kind and can show consideration to others. Once she starts on something, she will not give up half way, or show weakness. She knows how to get on in life. She is rather suspicious type of person. She doesn't tend to take every word of other person straightly.

Check her out at:

Her Reflections

Parti Sutra , Hasniza's Wedding, Asian Idol Celebration, 30 Dec 2007 At Jurong Point, Aliff Aziz at Bukit Panjang Plaza, LIVE THE DREAM Jurong Point Roadshow, Thank You Roadshow, Anugerah 2007 FINALISTS Roadshow, Splash of Colours Family Day, Me and Dira @ Vivo City, Keep The Heritage Alive, 25 Feb 2007, Hady's 2007 Birthday Bash, Hady @ VivoCity, HapyHadys Gathering, Roadshow @ Jurong Pt , Selamat Pengantin Baru, Po Yee's Birthday, BSB Concert, SCDF Heritage Gallery, WESSC Camp 2005, Anugerah 2005 VCD Launch, Lime Sonic Bang, Konsert Hanyut, Bazar Raya Utara, Rosliah's Wedding, Mike's Farewell,

Her History

|June 2004| |July 2004| |August 2004| |September 2004| |October 2004| |November 2004| |December 2004| |January 2005| |February 2005| |March 2005| |April 2005| |May 2005| |June 2005| |July 2005| |August 2005| |September 2005| |October 2005| |November 2005| |December 2005| |January 2006| |February 2006| |March 2006| |April 2006| |May 2006| |June 2006| |July 2006| |August 2006| |September 2006| |October 2006| |November 2006| |December 2006| |January 2007| |February 2007| |March 2007| |April 2007| |May 2007| |June 2007| |July 2007| |August 2007| |September 2007| |October 2007| |November 2007| |December 2007| |January 2008| |February 2008| |March 2008| |April 2008| |May 2008| |June 2008| |July 2008| |August 2008| |September 2008| |October 2008| |November 2008| |December 2008| |January 2009| |February 2009| |March 2009| |April 2009| |May 2009| |June 2009| |July 2009| |August 2009| |September 2009| |October 2009| |November 2009| |December 2009| |January 2010| |February 2010| |April 2010| |May 2010| |June 2010| |July 2010| |August 2010| |September 2010| |October 2010| |November 2010| |December 2010| |January 2011| |February 2011| |March 2011| |April 2011| |May 2011|

Her Cliques

.Aini
Aiser. Alice. Aphrodite . Ayu. Az Revalina. Baby Seniorita. Elia's old Blog. Elia's new Blog. Fairuz . Farah. Fat Cat. Fikq HapyHady. Ijah. Kak Juliza. Maria Shazwani. Melissa. Melia HapyHady. Mulyadi. Nulyz. Ria HapyHady. Rizar. Sabrina . Salmah. Shidah. Shirin Hushairi. SV HapyHady . Syafiqah HapyHady . Syaliza. Syasya . Syidah's OLD blog. Syidah's NEW blog. Tia. Wawan. Zohra HapyHady.

Her Singerz

BRITNEY SPEARS/ TAUFIK BATISAH/ FAUZIE LAILY/ ALIFF AZIZ!/ AMY MASTURA/ HADY MIRZA/ HYRUL ANUAR/ JAY CHOU/

Her Favourites

CAT WELFARE| SOS ANIMALS| ANIMAL RESCUE| ANIMALS LOVERS| SPCA| HAPPY CATZ| Friendster| WWE| 98.7FM| Power98FM| Song Lyrics|KCAP| Donburk| MINICLIP GAMES | MTV ASIA| YOU TUBE Videos|

Her Music